Thursday, February 17, 2011

Planning Budget Holiday with RM300.00 For 2 Person

Minggu nie cadang bercuti ke IPOH, Perak dan Taiping, Perak dengan budget yang agak terhad iaitu RM300.00 SAHAJA bagi kos berdua orang. Boleh kah perancangan cuti dilakukan sekiranya kita ada banyak tu sahaja duit..?? ERM...

Pelan ialah trip ke Ipoh menaiki kenderaan atau perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) Seremban - KL - Ipoh. Bayaran Tiket bagi seorang dari KL Sentral RM30.00. Kos menyamai dengan menaiki kenderaan RM30.00 X 2 orang (pergi - pulang) menjadi RM120.00. (untuk rujukan mengenai ETS boleh rujuk http://www.ktmb.com.my/

Percutian kali ini untuk melawat bandar Ipoh, merasai keseronokan Lost World Of Tambun, Night Safari.

  • Bayaran masuk Lost World of Tambun RM38.00 seorang.
  • Bayaran masuk Night Safari RM16.00 seorang.
Lost World of Tambun terletak di Tambun Perak yang memiliki kawasan yang agak luas. Terdapat beberapa taman yang tersedia untuk pengunjung antaranya :

  • Water park
  • Amusement Park
  • Lost World Hot Spring and Spa
  • Lost World Petting Zoo
  • Tiger Valley
  • Nature Wonders Needle of Tambun
  • Nature Wonders Needle Kepura Cave
(rujukan http://www.sunway.com.my/lostworldoftambun/attraction.asp )

Manakala night safari terletak di Taiping, Perak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Ipoh. Namun night safari ini hanya buka mulai jam 8.00 malam dan tutup pada jam 12.00 malam pada hari sabtu. Info sedikit tentang night safari >>

Night Safari Taiping merupakan yang pertama di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran.

Zoo Taiping & Night Safari

Hayati Night Safari
Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan. Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman in, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan inin serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana inin akan mengganggu haiwan yang dipamerkan,.

(rujukan : http://www.zootaiping.gov.my/nitesafari/bm/main.htm )

Sambungan semula..

No comments:

Post a Comment