Padang - Bukittinggi - Padang Panjang - Paya Kumbuh - pagar Ruyung - Sawah Lunto - Solok
Wednesday, June 15, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Aktiviti percutian degan Budget RM300
SEBELUM ini rancangan asal ialah membuat 'Travel' dengan kos RM300.00 adakah mencukupi. Perancangan perjalanan asal ialah ke 'Lost World of Tambun' dan ekplorasi Ipoh. Namun rancangan berubah pada last - last minute. Rancangan bermula dari Kuala Lumpur ke Teluk Batik, Perak.
Perjalanan bermula dengan kos RM50.00 (minyak kereta). Perjalanan menyusuri Sungai Buloh - Kuala Selangor - Manjung - Teluk Batik. Bermalam di Batik Lounge dengan kadar sewa RM200.00 sehari. Namun kos di kongsi bersama dengan rombongan lain menjadi seorang RM20.00 seorang. Perjalanan pagi menyusuri Manjung - Ayer Putih - Tambun (Lost World of Tambun). Bayaran masuk seorang dewasa RM38 seorang. Aktiviti yang seronok terdapat di sana ialah gelunsor air (terdapat 4 jenis gelunsor). Eksplorasi taman tema dengan menaiki 'trem' setiap 30 min. Pertunjukan renjer memberi makan kepada harimau dan aktiviti bergambar bersama anak harimau yang berusia 7 bulan dengan bayaran RM20.00.
Selain itu terdapat juga aktiviti 'Hot Spring' yang terletak bersebelahan kolam air. 'Hot Spring' dibuka sehingga jam 10 malam. Bagi pengunjung yang telag membeli tiket bayaran masuk taman tema boleh terus lepak bersama famili di 'Hot Spring' sehingga jam 10 malam tanpa bayaran tambahan. Bayaran masuk 'Hot Spring' RM12.00 bagi yang masuk selepas jam 6 petang. Terdapat beberapa kolam air panas mengikut suhu yang tertentu.
Terdapat juga pusat urut tradisional dan reflexsologi yang dibuka bermula jam 3.00 petang. Bayaran mengikut kepada kadar urutan. Pastinya juru-urut menawan dan tertarik.. hehehehe... Perjalanan diteruskan ke 'Safari Night' di Taiping, Perak. Perjalanan bermula dari Tambun - Tol Jelapang - Taiping. Tambahan minyak kereta RM20.00 sebagai tambahan sahaja. Perjalanan bermula dari Tambun jam 8.00 malam dan tiba di Taiping jam 10.00 malam. Masih mempunyai 2 jam sebelum Safari Night tutup jam 12 tgh malam.
'Safari Night' amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa bagi mendedahkan pengenalan kepad haiwan yang aktif pada waktu malam. Terdapat pelbagai haiwan seperti Kucing hutan, musang pandan, burung hantu, dan pelbagai lagi. Bayaran masuk hanya RM16 sahaja. Pengunjung akan di bawa pusing ke sekitar kawasan zoo dengan 'trem' panjang. Bermalam di Motel di Simpang, Taiping dengan RM100. Itupun kerana kami check-in lewat pada jam 2 pagi. Minta ehsan tauke. Memang selesa dan rekemen.
Taiping Kota Warisan
Perancangan pada hari ketiga (ahad) berjalan di Bandar Taiping yang merupakan 'Kota Warisan' Negeri Perak. Banyak tinggalan bangunan lama seusia hampir 100 tahun. Dari bangunan kerajaan hingga ke bangunan rumah kedai semua mempunyai nilai seni ukiran yang unik dan lama. Lawatan ke muzium Taiping (percuma), eksplorasi ke Bukit Larut namun tiket pengangkutan (Land Rover) habis. Tiket dikenakan bayaran RM6 seorang. Perjalanan kembali ke Kuala Lumpur, percutian diakhiri ke Cameron Highland ikut Simpang Pulai. Minum teh di ladang teh dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Juga ke perkampungan melayu di Cameron. Tedapat beberapa homestay di sana dengan kadar yang murah (rekemen).
Perjalanan turun dari Cameron yang mingisi minyak RM30 melalui Tapah. Selamat tiba di Kuala Lumpur jam 12 tgh malam. Perancangan seterusnya ke Bukit Larut dan Gua Tempurung.
mohd adree badri
Thursday, February 17, 2011
Planning Budget Holiday with RM300.00 For 2 Person
Pelan ialah trip ke Ipoh menaiki kenderaan atau perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) Seremban - KL - Ipoh. Bayaran Tiket bagi seorang dari KL Sentral RM30.00. Kos menyamai dengan menaiki kenderaan RM30.00 X 2 orang (pergi - pulang) menjadi RM120.00. (untuk rujukan mengenai ETS boleh rujuk http://www.ktmb.com.my/
Percutian kali ini untuk melawat bandar Ipoh, merasai keseronokan Lost World Of Tambun, Night Safari.
- Bayaran masuk Lost World of Tambun RM38.00 seorang.
- Bayaran masuk Night Safari RM16.00 seorang.
- Water park
- Amusement Park
- Lost World Hot Spring and Spa
- Lost World Petting Zoo
- Tiger Valley
- Nature Wonders Needle of Tambun
- Nature Wonders Needle Kepura Cave
Manakala night safari terletak di Taiping, Perak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Ipoh. Namun night safari ini hanya buka mulai jam 8.00 malam dan tutup pada jam 12.00 malam pada hari sabtu. Info sedikit tentang night safari >>
Night Safari Taiping merupakan yang pertama di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran. | |
Hayati Night Safari Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan. Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman in, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan inin serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana inin akan mengganggu haiwan yang dipamerkan,. |
(rujukan : http://www.zootaiping.gov.my/nitesafari/bm/main.htm )
Sambungan semula..
Sunday, February 6, 2011
Padang menunggu pelancong
MELALUI jalan raya utama di kota Padang, Indonesia deretan lot-lot kedai dengan kesan rekahan boleh dilihat dengan nyata. Ada yang separuh terbenam ke dalam bumi dan ada juga yang senget akibat patah tiang utama bangunannya.
Sisa-sisa runtuhan bangunan serta jentolak-jentolak mengangkat serpihan batu membersihkan kawasan runtuhan merupakan pemandangan biasa di kota kecil itu. Padang cuba segera bangkit selepas hampir empat bulan dilanda gegaran maut.
Gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter yang menggoncang Padang pada pukul 5.16 petang, 30 September tahun lalu telah menggemparkan masyarakat Padang dan juga dunia. Ini kerana ia merupakan bencana terburuk di kota wisata di kepulauan Sumatera itu.
Kerajaan Indonesia mengesahkan sekitar 1.2 juta penduduk daripada 250,000 keluarga terjejas akibat gempa tersebut. Bencana itu menyebabkan kematian 1,115 orang, 1,214 cedera parah dan 1,688 cedera ringan.
Padang kontang pelancong
Diajak melihat dengan mata kepala sendiri wajah sebenar Padang pada Disember tahun lalu, penulis mengakui walaupun kota pelancongan itu belum pulih sepenuhnya, namun penduduknya kini sudah kembali hidup seperti biasa.
Perkhabaran bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang telah musnah ekoran gempa yang berlaku ternyata tidak benar sama sekali. Gambaran yang diberikan seolah-olah Padang sudah ranap seperti mana Acheh ketika dilanda tsunami juga adalah meleset.
Jika dilihat di Acheh, mereka mengambil masa lebih daripada setahun untuk pulih dari segi emosi, ekonomi dan juga sosial. Namun di Padang, dalam masa tiga bulan kesan trauma sudah tidak lagi kelihatan.
Menurut wakil Jabatan Seni, Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Sumatera Barat, Johny Rizal, liputan media yang agak keterlaluan membuatkan ramai pelancong membatalkan niat mereka melancong ke sana.
"Pelancong menganggap semua hotel telah musnah walhal di Padang sendiri masih ada lebih 200 bilik-bilik hotel yang boleh didiami. Walaupun sudah tiga bulan bencana itu berlaku, Sumatera Barat sebenarnya masih tidak menerima sebarang kunjungan daripada pelancong," katanya ketika ditemui media Malaysia.
Penulis berterus-terang kepada Johny betapa tanpa maklumat yang betul, apa yang terlintas di fikiran ramai ialah kota itu sedang berdepan dengan kekalutan.
"Tentu sekali saya terbayangkan runtuhan bangunan menjadi pemandangan di bahu jalan dan saya bakal di kelilingi peminta sedekah bagaikan semut menghurungi gula," getus penulis.
Ternyata persepsi itu tidak benar kerana tatkala menaiki bas yang membawa wakil agensi pelancong dan media Malaysia melewati kota Padang banyak bangunan runtuh yang sudah dibersihkan. Hakikatnya hampir 80 peratus kehidupan masyarakat di sana telah pulih.
Penulis diberitahu kebanyakan bangunan yang runtuh adalah bangunan kerajaan. Antara punca utamanya kerana kebanyakan bangunan itu dibina pada zaman Belanda dan ia tidak mempunyai asas yang kukuh.
Mengimbau tragedi gegaran
Kata Johny, gempa tempoh hari merupakan bencana terburuk pernah dialami masyarakat di Padang. Bagaimanapun, rakyatnya perlu bangun dan membina kembali kehidupan. Ia sememangnya jelas kelihatan. Jika tidak kerana sisa runtuhan, tiada siapa menyangka kota tersebut baru mengalami gempa pada skala yang tinggi.
Pun begitu ia tetap memberi satu mimpi ngeri kepada mereka yang melaluinya. Igauan bencana tsunami di Acheh terpacul di minda tatkala gegaran mula dirasai. Walaupun tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, tidak melanda Padang namun kerisauan itu tetap ada.
"Semasa gempa tempoh hari saya berada di pejabat yang terletak berhampiran pantai. Apabila gegaran kuat terasa saya serta semua rakan sekerja berlari keluar dari bangunan.
"Kami semua terus menuju ke lautan untuk melihat paras air di pesisir pantai. Ketika itu kedengaran orang ramai menjerit dan bertempiaran lari. Ramai menuju ke arah laut.
"Kami tahu jika air laut surut maka kami mempunyai lebih kurang satu jam untuk melarikan diri te tanah tinggi. Tsunami pasti akan berlaku," kata Pengarah Operasi Glori Cuaca Mandiri, Syafitri Yetti.
Beliau mengakui sangat ketakutan ketika itu. Kenderaan di jalan raya juga tidak boleh bergerak ketika gegaran berlaku.
"Selepas gegaran ramai yang tidak keluar dari bangunan kerana beranggapan keadaan mungkin sudah selamat. Namun, sebenarnya gegaran tersebut telah merosakkan struktur sokongan bangunan menyebabkan banyak bangunan mulai runtuh selepas itu. Ia sekali gus mengorbankan banyak nyawa mereka yang berada di dalam bangunan," katanya.
Daerah Pariaman adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas kerana gegaran dilaporkan berpusat di situ. Terdapat beberapa kampung di sana hilang ditelan bumi namun penulis tidak berpeluang mengunjungi kawasan yang terjejas ekoran jalan masuk yang kurang sempurna.
Namun, perjalanan ke Bukit Tinggi yang melewati daerah Pariaman memberi peluang kepada kami melihat sebahagian kesan kuasa yang Maha Esa. Khemah-khemah yang didirikan oleh sukarelawan seluruh dunia dapat dilihat dengan jelas. Masih ada keluarga yang tinggal di dalamnya sementara menunggu rumah mereka siap dibaiki.
Sedia terima pelancong
Walaupun Bukit Tinggi tidak terjejas akibat bencana tersebut ia juga merasai impak daripada kemerosotan kedatangan pelancong luar. Jalan yang menghubungi kota Padang dengan Bukit Tinggi begitu lengang daripada sebarang kenderaan.
Kata Johny, pihaknya sedang melakukan pelbagai usaha bagi memulihkan pelancongan di Sumatera |
|
Barat. Antara usaha yang dilakukan adalah berkunjung ke Malaysia bagi menjelaskan keadaan sebenar dan sejauh mana Sumatera Barat masih sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan.
Ditanya, kenapa hanya ke Malaysia, Johny menjawab, "Lebih 65 peratus daripada pelancong asing adalah daripada Malaysia dan selebihnya daripada negara-negara lain seperti Eropah.
"Kami ingin membina persefahaman dan menggambarkan kami tidak ranap sepenuhnya. Masih banyak kawasan yang boleh dikunjungi dan tidak ada satu pun destinasi atau objek pelancongan musnah akibat gempa," katanya.
Johny mengakui, walaupun sumber ekonomi daripada pelancongan terjejas, Sumatera Barat masih memperoleh pendapatan daripada kemasukan pasukan-pasukan bantuan dari negara lain.
Walaupun tujuan mereka sebagai sukarelawan bukan melancong, ia tetap dikira sebagai pendapatan.
"Sebanyak 33 negara memberi bantuan dengan jumlah sukarelawan seramai 4,180 orang. Sehingga kini masih ramai yang tidak meninggalkan Sumatera Barat bagi menyelesaikan misi kemanusiaan mereka.
"Mereka pasti berbelanja sepanjang berada di sini. Ia merupakan sebahagian daripada pendapatan bagi Sumatera Barat," katanya.
Walaupun sudah hampir empat bulan bencana ngeri itu berlaku masih ada bantuan yang tiba. Malah pada pertama kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang kami sempat bertembung dengan sekumpulan pelajar daripada kumpulan Pengkaji Tamadun Dunia Unisel, Shah Alam yang datang sebagai sukarelawan.
Pada hari terakhir pula kami terserempak dengan sekumpulan sukarelawan daripada Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas).
Friday, February 4, 2011
PERCUTIAN KELUARGA PUAN KHAIRIZAH + KELUARGA
BUKIT TINGGI, INDONESIA. Januari 2011 yang lalu rombongan percutian sekeluarga Puan Khairizah telah mempercayai pihak nurhikmah99 travel bagi agenda percutian. Percutian selama 4 hari 3 malam dipenuhi dengan aktiviti menjelajah sekitar sumatera barat melihat sejarah dan pemandangan yang di anugerahkan dari maha pencipta Allah s.w.t bagi mereka yang tahu menilainya.
Namun aktiviti tidak juga bertumpu hanya kepada jalan - jalan riadah sahaja, aktiviti membeli belah selalunya ditunggu oleh tetamu. Keluarga Puan Khairizah di bawa ke lokasi borongan yang pasti membuat mana - mana tetamu menjadi "gila" bershopping. Ini keistimewaan yang di bawa oleh pihak nurhikmah99.
Jika ke Bukittinggi pasti tidak lengkap dengan merasai masakan makanan minang. Selain itu, sate padang, sate madura, murtabak mesir, murtabak, bakso dan pelbagai lagi la..
Terima kasih kerana mempercayai pihak nurhikmah99 travel. :p
Sunday, January 30, 2011
Percutian Kesatuan Guru - Guru Agama Negeri Johor
BUKITTINGGI, INDONESIA - Pada pertengah disember 2010 yang lalu telah selamat rombongan percutian yang terdiri daripada guru-guru agama sekitar negeri Johor. Kumpulan dari Kesatuan guru-guru agama negeri Johor. Kesemuanya dari kalangan ustaz2 yang berpengalaman.
Namun ini merupakan kumpulan pertama nurhikmah99 yang terdiri dari semua lelaki. Terbit satu cabaran dimana adakah mereka suka untuk bershopping? Adakah mereka ini suka makan? dan pelbagai gambaran cabaran dan keresahan untuk melayani kumpulan ini. Jika tidak berkenan di hati mereka pasti akan timbul unsur ketidakpuas hati daripada mereka.
Namun pada pagi sewaktu ingin menjemput rombongan ini, saya dan juga sdr Edi (rakan usahasama pengangkut) bergegas ke Lapangan Bandara Minangkabau, Padang. Seperti biasa papan nama tersedia bagi mengenalpasti tetamu.
-Aktiviti makan - makan -
Muncul pertama kali dengan Tuan Haji Alias amat melegakan hati saya. Kesempoian mereka semua dengan telatah dan jenaka mereka. Memang amat terbuka dan "sporting". Perjalanan terus ke Pusat Informasi Minangkabau, Padang Panjang.
Namun mereka lebih kepada aktiviti riadah dan merasai masakan minang. Pelbagai menu dicuba dari lauk minang, sate, jagung bakar, hingga ke durian. Ada juga yang pertama kali mencuba jamu asli bancuh termasuk lah saya.
- shopping time -
mohd adree bin badri
+6019 3348516
PERCUTIAN ENCIK BASORI + KELUARGA & CIKGU FAUZIAH
BUKITTINGGI, INDONESIA - Percutian keluarga En. Basori dan juga Joint member dari Terengganu, Cikgu Fauziah telah selamat pulang dari percutian ke Bukit Tinggi, Indonesia. Cuti selama 5H4M telah memberi pelbagai coretan memori di sana. Percutian yang berkonsepkan homestay membuat cuti seumpama di kampung halaman sendiri.
Percutian di bawa oleh Puan Rohayah antara orang kuat pihak nurhikmah99 Travel juga di bantu dengan pemandu yang berpengalaman Abg Edy.
Kiri : Bergambar dengan pakaian pengantin minangkabau.
Atas : Berehat makan tengahari di Pondok Flora.
Aktiviti yang sukar terdapat di Malaysia. Perniagaan buah kelapa berlaku 2 kali seminggu. Pengedar telah mula berniaga mulai jam 2 pagi. Harganya..?? amat lah murah..
Percutian murah ditawarkan oleh nurhikmah99 travel..
PERCUTIAN PUAN RUSANIDA + KELUARGA
BUKIT TINGGI, INDONESIA - Pada 3-6 Disember 2010 lalu telah selamat percutian Puan Rusanida bersama keluarga dan teman sekerja ke Bukittinggi. Percutian yang berkonsepkan penginapan homestay telah dipilih oleh beliau yang lebih selesa untuk keluarga. Percutian 4H3M telah membuatkan beliau dan keluarga dipenuhi pengalaman yang baru dengan perubahan cuaca yang sejuk dan dingin Bukittinggi.
Pihak nurhikmah99 amat berterima kasih atas kepercayaan beliau dan keluarga kepada pihak nurhikmah99 untuk menguruskan percutian beliau.
Thursday, January 27, 2011
HOMESTAY NURHIKMAH99
:: HOMESTAY PINCURAN BUKITTINGGI, INDONESIA ::
Keluasan memiliki 3 buah bilik, 1 bilik mandi, ruang tamu besar, dapur, TV Satelit, water disspencer.
Suasana dengan berdekatan kedai runcit, sekolah agama, sekolah rendah, pusat angkut.