Tuesday, April 20, 2010

Trip April - Famili Puan Hana, Bangi

Salam sejahtera, syukur alhamdulillah trip April - Puan Hana dari Bangi. Beliau bercuti bersama suami tersayang, anak sulung mereka, mertua dan saudara. Percutian bermula 17 April 2010 hingga 20 April 2010. Perjumpaan telah dibuat bagi memberi penerangan mengenai persiapan homestay NURHIKMAH99 yang mana kami masih baru dalam bidang perlancongan.

Kami juga amat "takut" jika perkhidmatan kami tidak seperti yang di cakap oleh kami sendiri.
Pengalaman masih baru, pengetahuan masih cetek. Kami masih lagi menambahbaik konsep Homestay NURHIKMAH99 agar akan memberi keselesaan kepada pelanggan yang akan datang.

Perjalanan bermula dari Bersiar di KOta Padang, Pantai Air Manis ( Lagenda Si Tanggang ), Danau Maninjau. Selain itu juga pengenalan mengenai asal usul minangkabau juga tidak ketinggalan.


















Turut melawat Batu Sangkar, Batu Bara ( melihat / memasuki terowong arang batu ), real tuee sebab siap pakai topi keselamatan dan kasut boot. HEHEHE.. Turut ke Batu Hampar melihat Air Terjun tinggi. Boleh mandi kat bawah ajerr. Tak dibenarkan terjun dari atas.

Melawat juga Lubang Japang. Namun aktiviti kemuncak ialah shopping seharian. Mai beli ..!! Mai beli .. !!


Perjalanan pulang selamat tanpa sebarang masalah. Kami dari NURHIKMAH99 TRAVEL & BUTIK mengucapkan ribuan terima kasih kerana kerpercayaan untuk kami membawa dan menguruskan percutian Puan Hana dan Sekeluarga.


Agar akan trip lagi untuk sambung "bershopping" lagi. Mohon puan Hana memberi komen dan jika ada masa terluang, dapat membuat cerita pendek kenangan di sana.


Sekian, terima kasih..


NURHIKMAH99 TRAVEL & BUTIK
PERCUTIAN YANG SERONOK BUKAN DATANG DARI HARGA YANG TINGGI.
MOHD ADREE BADRI

No comments:

Post a Comment