Tuesday, March 8, 2011

Aktiviti percutian degan Budget RM300


SEBELUM ini rancangan asal ialah membuat 'Travel' dengan kos RM300.00 adakah mencukupi. Perancangan perjalanan asal ialah ke 'Lost World of Tambun' dan ekplorasi Ipoh. Namun rancangan berubah pada last - last minute. Rancangan bermula dari Kuala Lumpur ke Teluk Batik, Perak.



Perjalanan bermula dengan kos RM50.00 (minyak kereta). Perjalanan menyusuri Sungai Buloh - Kuala Selangor - Manjung - Teluk Batik. Bermalam di Batik Lounge dengan kadar sewa RM200.00 sehari. Namun kos di kongsi bersama dengan rombongan lain menjadi seorang RM20.00 seorang. Perjalanan pagi menyusuri Manjung - Ayer Putih - Tambun (Lost World of Tambun). Bayaran masuk seorang dewasa RM38 seorang. Aktiviti yang seronok terdapat di sana ialah gelunsor air (terdapat 4 jenis gelunsor). Eksplorasi taman tema dengan menaiki 'trem' setiap 30 min. Pertunjukan renjer memberi makan kepada harimau dan aktiviti bergambar bersama anak harimau yang berusia 7 bulan dengan bayaran RM20.00.

Selain itu terdapat juga aktiviti 'Hot Spring' yang terletak bersebelahan kolam air. 'Hot Spring' dibuka sehingga jam 10 malam. Bagi pengunjung yang telag membeli tiket bayaran masuk taman tema boleh terus lepak bersama famili di 'Hot Spring' sehingga jam 10 malam tanpa bayaran tambahan. Bayaran masuk 'Hot Spring' RM12.00 bagi yang masuk selepas jam 6 petang. Terdapat beberapa kolam air panas mengikut suhu yang tertentu.

Terdapat juga pusat urut tradisional dan reflexsologi yang dibuka bermula jam 3.00 petang. Bayaran mengikut kepada kadar urutan. Pastinya juru-urut menawan dan tertarik.. hehehehe... Perjalanan diteruskan ke 'Safari Night' di Taiping, Perak. Perjalanan bermula dari Tambun - Tol Jelapang - Taiping. Tambahan minyak kereta RM20.00 sebagai tambahan sahaja. Perjalanan bermula dari Tambun jam 8.00 malam dan tiba di Taiping jam 10.00 malam. Masih mempunyai 2 jam sebelum Safari Night tutup jam 12 tgh malam.



'Safari Night' amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa bagi mendedahkan pengenalan kepad haiwan yang aktif pada waktu malam. Terdapat pelbagai haiwan seperti Kucing hutan, musang pandan, burung hantu, dan pelbagai lagi. Bayaran masuk hanya RM16 sahaja. Pengunjung akan di bawa pusing ke sekitar kawasan zoo dengan 'trem' panjang. Bermalam di Motel di Simpang, Taiping dengan RM100. Itupun kerana kami check-in lewat pada jam 2 pagi. Minta ehsan tauke. Memang selesa dan rekemen.





Taiping Kota Warisan



Perancangan pada hari ketiga (ahad) berjalan di Bandar Taiping yang merupakan 'Kota Warisan' Negeri Perak. Banyak tinggalan bangunan lama seusia hampir 100 tahun. Dari bangunan kerajaan hingga ke bangunan rumah kedai semua mempunyai nilai seni ukiran yang unik dan lama. Lawatan ke muzium Taiping (percuma), eksplorasi ke Bukit Larut namun tiket pengangkutan (Land Rover) habis. Tiket dikenakan bayaran RM6 seorang. Perjalanan kembali ke Kuala Lumpur, percutian diakhiri ke Cameron Highland ikut Simpang Pulai. Minum teh di ladang teh dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Juga ke perkampungan melayu di Cameron. Tedapat beberapa homestay di sana dengan kadar yang murah (rekemen).



Perjalanan turun dari Cameron yang mingisi minyak RM30 melalui Tapah. Selamat tiba di Kuala Lumpur jam 12 tgh malam. Perancangan seterusnya ke Bukit Larut dan Gua Tempurung.


mohd adree badri