Padang - Bukittinggi - Padang Panjang - Paya Kumbuh - pagar Ruyung - Sawah Lunto - Solok
Sunday, January 30, 2011
Percutian Kesatuan Guru - Guru Agama Negeri Johor
BUKITTINGGI, INDONESIA - Pada pertengah disember 2010 yang lalu telah selamat rombongan percutian yang terdiri daripada guru-guru agama sekitar negeri Johor. Kumpulan dari Kesatuan guru-guru agama negeri Johor. Kesemuanya dari kalangan ustaz2 yang berpengalaman.
Namun ini merupakan kumpulan pertama nurhikmah99 yang terdiri dari semua lelaki. Terbit satu cabaran dimana adakah mereka suka untuk bershopping? Adakah mereka ini suka makan? dan pelbagai gambaran cabaran dan keresahan untuk melayani kumpulan ini. Jika tidak berkenan di hati mereka pasti akan timbul unsur ketidakpuas hati daripada mereka.
Namun pada pagi sewaktu ingin menjemput rombongan ini, saya dan juga sdr Edi (rakan usahasama pengangkut) bergegas ke Lapangan Bandara Minangkabau, Padang. Seperti biasa papan nama tersedia bagi mengenalpasti tetamu.
-Aktiviti makan - makan -
Muncul pertama kali dengan Tuan Haji Alias amat melegakan hati saya. Kesempoian mereka semua dengan telatah dan jenaka mereka. Memang amat terbuka dan "sporting". Perjalanan terus ke Pusat Informasi Minangkabau, Padang Panjang.
Namun mereka lebih kepada aktiviti riadah dan merasai masakan minang. Pelbagai menu dicuba dari lauk minang, sate, jagung bakar, hingga ke durian. Ada juga yang pertama kali mencuba jamu asli bancuh termasuk lah saya.
- shopping time -
mohd adree bin badri
+6019 3348516
PERCUTIAN ENCIK BASORI + KELUARGA & CIKGU FAUZIAH
BUKITTINGGI, INDONESIA - Percutian keluarga En. Basori dan juga Joint member dari Terengganu, Cikgu Fauziah telah selamat pulang dari percutian ke Bukit Tinggi, Indonesia. Cuti selama 5H4M telah memberi pelbagai coretan memori di sana. Percutian yang berkonsepkan homestay membuat cuti seumpama di kampung halaman sendiri.
Percutian di bawa oleh Puan Rohayah antara orang kuat pihak nurhikmah99 Travel juga di bantu dengan pemandu yang berpengalaman Abg Edy.
Kiri : Bergambar dengan pakaian pengantin minangkabau.
Atas : Berehat makan tengahari di Pondok Flora.
Aktiviti yang sukar terdapat di Malaysia. Perniagaan buah kelapa berlaku 2 kali seminggu. Pengedar telah mula berniaga mulai jam 2 pagi. Harganya..?? amat lah murah..
Percutian murah ditawarkan oleh nurhikmah99 travel..
PERCUTIAN PUAN RUSANIDA + KELUARGA
BUKIT TINGGI, INDONESIA - Pada 3-6 Disember 2010 lalu telah selamat percutian Puan Rusanida bersama keluarga dan teman sekerja ke Bukittinggi. Percutian yang berkonsepkan penginapan homestay telah dipilih oleh beliau yang lebih selesa untuk keluarga. Percutian 4H3M telah membuatkan beliau dan keluarga dipenuhi pengalaman yang baru dengan perubahan cuaca yang sejuk dan dingin Bukittinggi.
Pihak nurhikmah99 amat berterima kasih atas kepercayaan beliau dan keluarga kepada pihak nurhikmah99 untuk menguruskan percutian beliau.
Thursday, January 27, 2011
HOMESTAY NURHIKMAH99
:: HOMESTAY PINCURAN BUKITTINGGI, INDONESIA ::
Keluasan memiliki 3 buah bilik, 1 bilik mandi, ruang tamu besar, dapur, TV Satelit, water disspencer.
Suasana dengan berdekatan kedai runcit, sekolah agama, sekolah rendah, pusat angkut.
Tuesday, January 25, 2011
JOM KUNJUNGI SUMATERA BARAT .. ..
PROMOSI AWAL TAHUN 2011 ... !!!
JOM KUNJUNGI SUMATERA BARAT .. ..
SUMATERA BARAT mempunai beberapa buah bandar iaitu Padang, Bukittinggi, Padang Panjang, Pariaman, Paya Kumboh, Sawah lunto dan Solok. Masing – masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang pasti memukau pengunjung yang meminati pemandangan yang hijau dihiasi dengan pemandangan Gunung Merapi dan Gunung Singkarak. Sumatera Barat akan dikaitkan dengan asal usul kedatangan Adat Minangkabau. Adat Minangkabau ini telah berkembang sehingga ke Malaysia. Sumatera Barat dimonopoli dari agama Islam sejak dari dulu.
Apa yang seronok di sana..? Pasti semua akan bertanya sekiranya ingin bercuti. Namun Sumatera Barat telah menyediakan jawapannya sejak dari dahulu lagi. Jika Bandung menawarkan keistimewaan tersendiri dengan pengeluaran Barangan Kulit, Jakarta pula hebat dengan Kesesakkan Ibu Bandar Indonesia. Sumatera juga tidak tertinggal ; adanya Bukittinggi penuh dengan kelahiran kain sulaman tangan, Paya Kumbuh juga penghasilan Sulaman Pita (Reben), Pariaman pakar dalam sulaman telekung, Pandang Panjang dengan tenunan songket. Jika ini tidak mampu membuat pengunjung “giler” untuk ber'shopping'.
Namun jika hanya membeli, apa kurangnya dinegara sendiri, betul tak? Namun kesedepan hidangan makanan yang berkonsepkan minang pasti memukau pengunjung yang gemarkan makanan. Penat berjalan ditenangkan dengan pemandangan Gunung Merapi dan Gunung Singkarak yang berkabus walaupun di siang terik panas. Cuaca di Bukittinggi pula sentiasa terasa dingin membuat terasa selesa untuk membeli belah.
Hidangan makan juga tidak terhad kepada di Restoran/kedai makan namun penjual jalanan juga mempunyai kehebatan masakan tersendiri. Keenakkan masakan sate 'madura', sate 'padang' pasti membuat anda inginkan sekali lagi. Juga terdapat kemanisan jagung bakar yang manis dan tersedia dengan resepi tersendiri. Nasi goreng, Bakso, Pecel Lele, dan pelbagai jenis makanan yang harus dicuba.
Harga Pakej 4D3N
Istimewa Promosi AWAL TAHUN 2011
RM350 ( MINIMUM 6 ORANG DEWASA SAHAJA )
RM330 ( MINIMUM 8-9 ORANG DEWASA SAHAJA )
RM310 ( MINIMUM 10 ORANG DEWASA SAHAJA )
Pakej merangkumi penginapan homestay, kenderaan dan pemandu pelancong. Tidak termasuk kos makanan dan tax airport.
nurhikmah99
-boutique n travel-
+60193348516