Monday, June 21, 2010

Trip Mei - Datin Norsiyah, En.Mohd Isa, Sdr Norazmie & Sdr Norazrie dr Rawang

Assalammualaikum wbt & Salam Percutian

15 - 19 Jun 2010 lalu telah selamat trip keluarga ke Bukittinggi, Indonesia. Rombongan dibawa oleh Pn. Rohayah (ibu) kepada nurhikmah99 travel & boutique. Perjalanan kali ini merupakan percutian mencari keluarga lama tidak berjumpa. Keluarga Datin Norsiyah menetap di Danau Manninjau yang juga merupakan kawasan tasik yang indah. Atas kekuatan persaudaraan juga yang membuatkan kita ingin kekal mengerat tali persaudaraan walaupun sejauh mana berada. Rombongan tiba di Padang Airport jam 3.10 petang.

Pada hari kedua ( 20/06/2010 ), perjalanan bermula menginjau ke kampung Datin di Danau Maninjau. Perjalanan menyusuli Embun pagi dan seterusnya Kelok 44.







Di danau maninjau kini telah ada water boom "taman tema air" yang menggunakan 100% air bukit untuk kegunaan di tema air. Bayangkan betapa dingin air ditema tersebut.















Datin bersama pn.rohayah merupakan orang kuat bagi nurhikmah99.


Sdr Norazmie dan En.Mohamad Isa. Semoga kembali lagi bercuti bersama kami. Sekian.

Tuesday, June 15, 2010

Trip Mei - Famili Badri, Pn.Nor Asian (Png), Ebib & Adek (HKL), Ita & Ida (Hosp Png), Petom (KL)

Assalammualaikum wbt & Salam Percutian

28 Mei 2010 - 01 Jun 2010 lalu telah selamat trip ke Bukittinggi, Indonesia. Percutian 5H4M seramai 10 orang dewasa dan 4 orang kanak - kanak. Pn.Nor Asian (Png) bersama 3 orang anak, Ebib & Adek (HKL), Ita & Ida (Hosp Png), Petom (KL) merupakan pertama kali menjejak kaki luar dari tanah/negara kelahiran. Keinginan untuk melihat negara orang dan juga menyaksikan keindahan kejadian Allah swt. Penerbangan berlepas jam 7.50am dan seawal jam 5am masing menyiapkan barang - barang yang ingin di bawa. Keseronokkan mulai membentuk apabila kesemua selamat melepasi pemeriksaan imigresen.










Rombongan selamat tiba jam 8.30am waktu indonesia. Julat masa antara waktu malaysia ialah 1 jam. Ketibaan rombongan disambut oleh sdr Edy Bos merupakan pengangkutan bagi nurhikmah99 travel. Perjalanan percutian ke Bukittinggi - Padang bermula. Kesemua rombongan senyum lebar bak tak terkata keadaan di negara luar dari tanah air. Sdr Rony & Sdr Edy Singgalang merupakan 'supir' sewaktu kami disana. Rombongan dibawa menjelajah ke tanah Padang setelah reda dari kejadian alam. Keadaan bandar mulai pulih. Lokasi pertama ialah pantai Padang. Suasana berangin menghirup bayu laut dan juga enak jika di sertai minuman air kelapa.

Pelbagai aksi bergambar, dengan bercermin mata. Aduh adik liyana oi..!! Ewah.. bergambar atas batu yerk..






Perjalanan diteruskan ke Padang panjang. Melalui tersebut rombongan singgah di Lembah anai ( Anai Valley ). Jika sesiapa pernah ke Lembah Anai pasti tahu kesejukkan air terjun tersebut. Jika disimbah kemuka, pehhh.. sejuk dingin memang sangat. Memang tak mandi pagi la jika rumah dibekalkan dengan air sesejuk itu.










Di Padang Panjang, rombongan di bawa ker Pusat Informasi Minangkabau. Kesemua diberi keterangan jelas mengenai asal usul adat minang, budaya minang dan ciri - ciri rumah minang. Rombongan disambut mesra oleh ibu disana. Rombongan juga diberi peluang untuk mencuba pakaian persandingan adat minang. Rombongan tiba di bukittinggi lewat petang dan terus ke Homestay di Simpang Limao. Merehatkan sebentar badan, menyejukkan diri dan juga ada yang bersiap untuk aktiviti malam pula. Rombongan dibawa merasai nasi goreng yang agak sedap ' nasi goreng OK ' yang dicadangkan sdr Edy Bos. Erm.. memang syok juga nasi grg. Yang agak terkejut, nasi goereng di goreng dalam kuali yang kecil tapi nasinya penuh hingga tangkai kuali. Dan juga tukang masaknya kaum lelaki.

Setelah makan malam, lokasi ke Jam Gadang, Bukittinggi untuk melihat suasana malam. Suasana agak sesak memandangkan waktu tersebut 'libur' bagi penduduk disana. Jangan lupa mencuba ' bendi ' bukan sayur bendi yer. Meriahkan waktu malam nya. ditambah suasana dingin.











Hari kedua, rombongan menuju ke Lembah Harau "Harau Valley" bagi aktiviti mandi - manda. Nak merasai kesejukkan air gunung dari bukit Harau. Perjalanan bermula pagi setelah sarapan pagi. Melalui pekan Paya Kumbuh, rombongan selisih dengan sekumpulan anak kecil bermain musik pancaragam. comel semua nya.



Lihat permukaan bukit di Lembah Harau seperti ditarah oleh jentera. Namun itu lah semula jadi seperti yang di maklumkan oleh penduduk di sana. Kunjungan merasa sedikit hampa kerana limpahan air sedikit di Lembah Harau kerana musim kemarau berlaku telah 2 minggu.


Namun pihak nurhikmah99 tidak akan membiarkan rombongan merasai hampa. Rombongan dibawa ke alur bukit yang lain di kawasan Lembah Harau juga. Dan akhirnya, rezeki untuk mandi manda tercapai. Mula sahaja turun kaki, memang sukar nak dikata tentang kesejukkan air nya. Rasai nya sendiri nanti.


Setelah selesai aktiviti mandi manda, di bawa ke Bukittinggi bagi aktivti melawat tempat bersejarah di Bukittinggi (wisata). Namun kelumpok ibu ibu di bawa ke lokasi shopping. Pertama melawat Lubang Japang, Muzium Bukittinggi, Melihat Ngarai Siarok.




Hari ketiga, rombongan dibawa ke Batu Sangkar, Pagar Ruyung, dan Sawah Luntor ( Batu Bara ). Di Batu Sangkar, Pagar Ruyong rombongan singgah ke Istana Minang. Dan Sebelum ke Sawah Luntor untuk merasai memasuki Tereowong Arang batu, rombongan di bawa makan tengahari di Pondok Flora. Pihak Nurhikmah99 mencadangkan restoran ini jika ada pelancong yang ingin ke sana. Nikmati makanan di kawasan sawah padi dan di atas kolam ikan.














Seterusnya kami ke Danau Singgkarak dan singgah minum petang disana.Danau Singgkarak merupakan tasik buatan semulajadi terbesar di Sumatera. Jika tidak silap saya.


Menuju ke Homestay, kami melewati Lubuk Mata Kucing yang mana pemandangan petang/senja yang memukau hati. Namun rombongan tiba agak lewat sedikit. Namun berterima kasih kepada sdr Edy Singgalang kerana membawa rombongan semua.





Merasai kesedapan Bakso, (nurhikmah99 mencadangkan).










Hari Keempat, aktiviti yang ditunggukan. SHOPPING ... !!











Bagi yang ke Jam Gadang / Pasar Atas. Anda boleh ke Kedai Makan Kari yang bersebelahan Pasar Atas. ( Jika mengadap tangga Pasar Atas ia disebelah kiri anda ) (nurhikmah99 mencadangkan). Pakcik Kari juga merupakan keluarga yang boleh membantu sekiranya anda merasai sesat di Bukittinggi. Bapak dari Malaysia pasti beliau akan kenal. HEHEHEHEHE








Makan malam ditaja oleh Pakcik di Paya Kumbuh. Masakan asli kampung. Erm..








Selamat Tinggal percutian ku. Semoga datang lagi..














Pakej Serendah RM320.00 Min 6 orang

Mohd Adree Bin Badri
NURHIKMAH99 TRAVEL & BOUTIQUE
0193348516